MrBenjo Blog
Industri Automotif Malaysia Dan Serata Dunia
Thursday, 7 April 2011
Proton Satria Neo R3 Supercharged 175 HP !
Nampaknya R3 Satria Neo talaan R3 bukanlah produk terakhir dari mereka. Selepas pertelingkahan Proton dengan pasukan Lotus Racing(Team Lotus) kepunyaan Tony Fernandes, Lotus Cars mengambil keputusan untuk menaja pasukan Renault yang kini diberi nama Lotus Renault GP, Proton tidak mengambil masa yang lama untuk menggunakan jenama baru ini dengan membuat iklan di kaca tv dan akhbar harian.Dengan adanya gambar prototaip ini nampaknya R3 akan mengeluarkan satu lagi Satria Neo versi khas iaitu R3 Satria Neo Lotus Renault GP. Ia menggunakan bodykit yang sama seperti Satria Neo R3 Lotus Racing keluaran sebelumnya tapi dengan warna tema LRGP iaitu hitam dan emas.
Kuasa Kuda : 175HP
Torque : 200Nm
Supercharger : Sprintex
Monday, 4 April 2011
Proton Exora Turbo Ditemui Lagi
Proton Exora Turbo ditemui lagi kali ini di kawasan hentian R&R Seremban.Nampaknya model ini semakin hampir untuk dilancarkan dengan jurutera Proton memandu uji pada hari Ahad.
Sumber dari proton insider mengatakan Proton akan memasukkan seberapa banyak feature baharu seperti reverse camera (boleh dilihat dalam gambar), smoked headlamp, bodykit baharu, stability control system dan penambahan beg udara.
Exora Turbo CFE 1.6
Menggunakan gear CVT dari PunchMotive
Kuasa Kuda: 138HP
Torque:205Nm
Foto2 credit kepada sembang-auto.com
Saturday, 2 April 2011
Pengganti MyVi Akan Dilancarkan Pada Bulan Ini
Perodua bakal memperkenalkan model terbaru dari varian MyVi dengan enjin berkapasiti 1.5 liter bila - bila masa pada bulan ini.
Model itu mengambil model asas atau kerangka MyVi (Toyota Passo) sedia ada dengan mengekalkan 'DNA' modelnya yang paling laris itu sambil membuat sedikit perubahan ke atas 'jelmaan baru' tersebut.Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh mengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci."Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti," kata beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)